"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Himpunan Hijau: Ceramah Aishah dibayar RM2.4 juta

Penarik Beca

Pengarah Program Himpunan Hijau ke Putrajaya, Datuk Mahfuz Omar menganggarkan hampir 100,000 orang menghadiri himpunan itu. Hari ni, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, mungkin ada bayaran untuk memobilisasikan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara supaya menghadiri himpunan itu.

Saya ni kenal la juga satu dua sumber dalaman PAS. Saya cuba la try cari info berapa mereka bayar kepada penyokong-penyokong PAS supaya menyerondoi ramai-ramai ke himpunan itu.

Rupa-rupanya bila Mahfuz kata hampir 100,000 tu, ceritanya yang hadir ialah 8,908 orang (iaitu 40 peratus dari angka 22,270 orang yang menghadiri Bersih 3.0 berdasarkan cara kiraan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim). Dan, yang datang Himpunan Hijau ke Putrajaya itu semuanya Cina dan Hindu. Melayu pakat tak datang sebab, macam yang orang Umno kata, Melayu semuanya sokong Umno.

Saya juga dapat tahu setiap seorang dari mereka dibayar pukul rata RM300 setiap seorang. Bukan RM30 ja macam yang Umno Barisan Nasional (BN) bayar. Maknanya, kalau mai dari Johor, lebih sikit depa dapat. Kalau mai dari Kedah, kurang la bayarannya daripada yang penyokong-penyokong PAS dari Johor dapat.

Penceramah-penceramah utama dalam himpunan itu pula mendapat RM2.4 juta setiap seorang, sama dengan apa yang dibayar oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada artis K-Pop dari Korea.

Tak percaya depa dapat seorang RM2.4 juta? Pi tanya Aishah, pi tanya Datuk A Samad Said dan pi tanya Datuk Fauzi Shaari.

Nanti sat, satu lagi. Muhyiddin juga kata, Pakatan akan buat demo besar jika tewas pilihan raya. Bab tu, di bawah berita itu saya tulis:

Otak tak ada, lidah dia bercakap dengan otak Dr Mahathir. Cakap la dgn modal sendiri kalau hang nak merapu apa sekalipun..

1 ulasan:

azmie berkata...

hahahaha patut la hr tu anggaran 2 juta di konsert belia. ingatkan 2 juta belia ropenye 2 juta rm utk k-pap