"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru terpaksa pura-pura sokong Barisan Nasional

Milo Suam
APABILA ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Sikap Najib yang teragak-agak untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib.

Bilakah sebenarnya PRU13 akan diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam PRU13.

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13. Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik
Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.

Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.

Umno mula buka bilik gerakan pilihan raya

Harakahdaily
(Ketua Umno Cawangan BTP, Syed Ahmad Firdaus di depan bilik gerakan pilihan raya yang dibukanya)
KUALA LUMPUR, 3 Mac: Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka.

Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN.

Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini.
(Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu)
Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu.

Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu.

Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan."

Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka.

Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.

Najib Kena 'Ejek' Di Kota Bharu

Mohd Sayuti Omar
Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata meperli perdana menteri itu.

Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain.
Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.

Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak.

Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib.

Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib.

Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini.

Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?"

"Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun.

Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa

'Papa, mama... tolong saya!'

SUBANG JAYA: Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama... tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.

Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.

“Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
-kosmo-

Tokoh PPP akan sertai PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.


Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.

K'jaan BN hipokrit tuduh orang pro-Israel - MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menggesa kerajaan supaya menghentikan sikap hipokrit dengan menuduh pihak lain sebagai sebagai pro-Israel.

Setiausaha agung MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pemimpin kerajaan bersikap hipokrit apabila bertindak demikian sedangkan kerajaan sendiri telah menggunakan khidmat firma Israel.

"Sekarang perdana menteri tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah Apco sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaiki imej pemimpin BN.

"Mapim menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten ini akan meletakkan imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel," kata Mohd Azmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Tun Dr Mahathir Mohammad yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak lebih resmi mengadakan perhubungan dengan Israel.

"Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?," soalnya.

Katanya lagi, rakyat selama ini telah dikaburi dengan "sandiwara" pemimpin negara bahawa Malaysia sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Israel.

Bagaimanapun, fakta yang mula didedahkan setakat ini menunjukkan perkara sebaliknya, kata Mohd Azmi lagi yang juga merupakan presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

"Dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kaca mata seluruh masyarakat antarabangsa.

"Di satu pihak Malaysia nampak sangat lantang mengutuk Israel, akan tetapi di pihak yang lain kerjasama perdagangan ekonomi sangat subur antara dua negara itu," katanya.

"Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingannya dengan cara yang paling efektif," katanya lagi.

KBS taja 2,000 ceramah Hasan Ali dengan kos RM30 juta

KUALA LUMPUR: Pas mendakwa sebuah unit belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat parti itu Januari lalu, dalam masa terdekat ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Saya difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan Ali diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh daerah.

"Saya mahu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan sumber peruntukan itu, kerana cawangan strategi urat saraf itu tidak diiktiraf JBA," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Mahfuz turut tidak menolak Barisan Nasional menggunakan Hasan bagi mendekati kumpulan belia sebagai persediaan pilihan raya akan datang.

"Kajian telah menunjukkan, sejak PRU 2008, 65 peratus hingga 75 peratus pengundi muda mula beralih arah kepada pembangkang.

"BN sedar hakikat ini, maka mereka menggunakan Hasan Ali untuk mengubah persepsi golongan muda ini," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya nak tengok mereka jawap apa... Apakah programnya, siapa, saya akan dedahkan pada sesi parlimen akan datang.

"Saya juga percaya selepas saya mendedahkan perkara ini, kemungkin siri jelajah itu akan dihenti atau dilakukan secara senyap-senyap," katanya.

Tauke-tauke tidak mahu sponsor Najib untuk PRU13

Reformisanakmuda
Najib dan Umno sekarang ini sedang berusaha mencari Dana Pilihanraya yang dianggarkan mencecah berbilion Ringgit. Setiap seorang calon ahli parlimen sahaja akan diberi peruntukan RM2.5juta… itu belum lagi wang yang hendak di’rasuah’kan kepada pengundi… kos logistik, kos menggerakkan jentera dan sebagainya…

Dan yang paling merunsingkan Najib dan Umno sekarang ini adalah masalah mendapatkan sumber kewangan, terutamanya dari ‘tauke-tauke’ besar sepertimana yang berlaku pada pilihanraya2 yang lepas.

Dahulu, ‘tauke-tauke’ ini memberikan sumbangan kepada UmnoBn. Tetapi kali ini, masalah besar timbul apabila mereka tidak lagi mahu memberi sumbangan kepada UmnoBn atas sebab-sebab yang agak rahsia, tetapi berkaitan dengan kepentingan diri mereka sendiri.

Najib Sedang Kais Pagi Dan Petang

Sekarang ini sudah jelas kelihatan Najib dan konco-konconya sedang berusaha untuk mengaut sebanyak mungkin dana yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) sahaja, dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian.

Walaupun terbukti penyenaraian FGVH ini akan menghancurkan kehidupan peneroka di masa akan datang, tetapi dalam masa penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan diberi puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata mereka.

Najib dan UmnoBn juga akan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.

Wang ini sudah semestinya akan disalurkan sebaik sahaja projek perumahan itu diluluskan untuk pembinaan. Dalam masa pembinaan yang memakan masa bertahun, wang RM1.5 bilion tersebut akan digunakan dahulu sebagai dana pilihanraya.

Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.

Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Kerugian Melampau

Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011. Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.

Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.

Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011. Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.

Semalam satu pengumuman mengejutkan apabila kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menyatakan bahawa MAS mencatatkan kerugian besar sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.

Apakah segala kerugian besar yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU 13 yang akan datang ?!!!

Segala-galanya ada berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!!
http://reformisanakmuda.blogspot.com/

Bilionair Malaysia 11 orang, tambah satu: Kejayaan DEB?

SINGAPURA: Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion.

Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.

Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion.

Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.

Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.

Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat
dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.

Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.

Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai
AS$500 juta.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta.

Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.

Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.

Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.

Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas.

Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. 
-Bernama-

Bahaya ribut dalam cawan

Ahmad Lutfi Othman
Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS.


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak program-program bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan, mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.

Kaedah Rawatan Pelik Sakit Gigi… Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga

Ping-bar

Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.

Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China

Chen berkata bahawa cacing gigi terutamanya disebabkan oleh karies gigi dan tabiat makan, walaupun dia tidak melakukan kajian yang mendalam mengenainya.
Peralatan dan kaedah yang digunakakan sangat tradisional dan mudah. Asap herba akan digunakan untuk membuang cacing gigi dari rongga mulut pesakit, tanpa menyebabkan kesakitan kepada pesakit dan ubat-ubatan tidak diperlukan.

“Kuantiti herba yang digunakan untuk menyingkirkan cacing gigi adalah sangat penting. Ia sebenarnya adalah campuran enam herba yang direndam dalam minyak kelapa,” jelas beliau.

rtama sekali, beliau perlu untuk memanaskan bata sebelum meletakkannya ke dalam pinggan dan menambah dua sudu teh jus herba.
Dengan menggunakan tudung corong berbentuk kun pesakit dikehendaki memasukkan muncung corong ke dalam lubang telinga.

“Asap dari jus herba mendidih akan memasuki tubuh pesakit melalui telinganya lalu menarik dan membuang keluar cacing gigi di dalam mulut, telinga dan bahagian-bahagian badan yang lain,” katanya.
“Pesakit akan merasa leher mereka sedikit tegang sepanjang proses itu dan saya akan mengingatkan mereka untuk batuk dengan sengaja kerana ia boleh membantu mengeluarkan cacing gigi,” katanya.

Dia menggalakkan pesakit untuk menerima rawatan tiga kali dalam tempoh tiga bulan untuk menghapuskan sama sekali cacing gigi. Keseluruhan proses mengambil masa 12 minit.
Beliau berkata bahawa bilangan cacing gigi berbeza dari berpuluh-puluh sahaja hingga beberapa ratus, mengikut keadaan kesihatan yang berbeza.

Chen berkata bahawa ramai orang ragu-ragu tentang kewujudan cacing gigi, terutamanya anak-anak muda yang berfikir ia tidak logik dan saintifik.
“Kebanyakan pesakit yang datang untuk rawatan ialah orang-orang yang tidak lagi sanggup menanggung kesakitan. Mereka datang untuk mencuba selepas mengetahui tentang rawatan daripada rakan-rakan mereka, “kata Chen.
Chen berkata bahawa pengesahan lanjut diperlukan untuk rawatan cara purba, ramai orang terkejut melihat begitu banyak larva coklat putih kurang daripada satu sentimeter panjang.

“Walaupun kewujudan cacing gigi belum terbukti secara saintifik, Tujuan rawatan adalah untuk mengekalkan gigi pada masa yang sama mengurangkan kesakitan. Oleh itu, saya akan terus melaksanakan rawatan, menyediakan rawatan alternatif untuk melegakan sakit gigi,”

Sumber Klik

Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu

Aspan Alias
Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.

Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.

Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.

Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi ‘attribute’ asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.

Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang ‘ultimate’ kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?

Jika benar UMNO dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat….dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.

Obsession UMNO untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, UMNO sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.

Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama UMNO lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas itu? Jawabnya saya rasa, tidak ada lagi selain dari menerima kekalahan dan penolakan rakyat secara menyeluruh.

Kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda suatu ketika dahulu.

Jutawan Amerika Peluk Islam Setelah Sebulan di Arab Saudi

laniismaa
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud:

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara.

“Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam,” kata Abdulaziz

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Alhamdulillah…. EkELEH.COM EP

Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.
“Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.
“JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima,” katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.

Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.
"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketiak ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.


Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.
(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Keislaman Mahathir Sudah Terbatal - Ust Azhar Idrus

siasahkini
Di atas adalah rakaman kenyataan yang dilontar oleh Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah.

Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir
Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek..